Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PRN Melaka – 20 November Hari Cuti Kelepasan Am Khas

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 18 Nov – Kerajaan negeri memutuskan Sabtu ini (20 Nov) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Kamel Mohamad berkata penetapan Hari Kelepasan Am Khas itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Ia adalah bagi membolehkan rakyatnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Copyright © 2021 Media Rania