Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Calon Pakatan Harapan DUN Lendu Fokus Capaian Internet Lebih Baik

Kongsikan Artikel Ini

MASJID TANAH, 18 Nov – Memastikan capaian internet yang lebih baik menjadi antara perkara utama yang menjadi fokus calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Muhammad Asri Ibrahim sekiranya diberi mandat kerusi DUN berkenaan.

Beliau berkata, ini kerana ia sudah menjadi keperluan asas selain bekalan elektrik dan juga air.

“Capaian internet yang lebih baik amat diperlukan di DUN ini khususnya untuk kegunaan anak muda di UiTM Lendu dan kolej komuniti. Mereka gunakannya dalam keadaan pembelajaran normal baharu.

“Pada masa sama, kita boleh lihat selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) internet menjadi sumber keperluan kewangan.

“Bermakna ia bukan sahaja manfaat kepada pelajar, tetapi untuk semua masyarakat DUN Lendu. (Malangnya) kerajaan dulu tidak serius dalam melihat capaian internet yang berkesan,” katanya kepada Sinar Harian.


Jelas beliau, sentimen internet menjadi ruang dakyah pembangkang juga perlu dibuang sebaliknya masyarakat wajar diberi ruang untuk membuat penilaian sendiri.

“Ini akan mendidik masyarakat untuk menilai berita yang mereka terima sama ada sahih atau palsu,”katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sebagai calon muda, tidak menjadi halangan untuk beliau membawakan aspirasi PH yang menawarkan kepimpinan terbaik kepada rakyat Melaka.

“Saya merupakan penjawat awam sebelum ini dan telah belajar bagaimana sistem pentadbiran kerajaan dan itu merupakan kelebihan saya sebagai pimpinan muda.

“PRN ini bakal membuktikan masyarakat Lendu celik politik. Saya berharap rakyat dapat pilih yang benar-benar mendengar suara hati rakyat dan tidak menggadaikan prinsip serta mandat rakyat sewenang-wenangnya,”katanya.

PRN Melaka bagi kerusi DUN Lendu menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN) Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania