Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Berang Dengan Putrajaya Timbang Tanah, Rumah Untuk Najib, PH Sedia Kaji Semula MOU – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 18 Nov -Pakatan Harapan (PH) tidak teragak-agak mengkaji semula segala bentuk persefahaman dengan kerajaan susulan tindakan Jemaah Menteri menerima permohonan Najib Razak untuk diberikan sebidang tanah dan sebuah rumah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, berkata perkara itu tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada PH, dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.

“Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan (Najib Razak) telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB.

“Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini,” katanya dalam kenyataan.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa di Parlimen, rumah dan tanah yang dipohon oleh Najib bernilai RM100 juta.

Pada 13 Sept, kerajaan dan PH memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Selain itu, tujuh tawaran dipersetujui bersama membabitkan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi 18, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan keanggotaan seimbang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, tindakan Jemaah Menteri untuk “menghadiahkan” tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan tidak bermoral dan tidak masuk akal.

“Malah beliau (Najib) sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri,” katanya.

Cabar Ahli Parlimen

Terdahulu di Melaka, Anwar mencabar Ahli Parlimen kerajaan menyatakan pendirian mereka secara jelas jika Putrajaya bersetuju menawarkan plot tanah termasuk sebuah kediaman kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dalam majlis minum petang bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu di Little India, Anwar turut menyelar permohonan Najib kepada kerajaan, bagi mendapatkan kediaman dan tanah.

“Saya mahu tengok siapa daripada Ahli Parlimen Umno, Bersatu, PAS dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang menyokong memberi (pemberian plot tanah dan kediaman) kepada Najib.

“Kalau sokong, siap,” katanya.

Najib berkata beliau hanya memohon sebuah kediaman mengikut Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003, sejajar dengan kedudukannya sebagai bekas perdana menteri.

Beliau berkata angka RM100 juta itu diletakkan oleh sebuah portal pro Perikatan Nasional untuk dijadikan isu sempena pilihan raya negeri Melaka Sabtu ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Copyright © 2021 Media Rania