Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – Keretakan BN-PN Makin Parah Menjelang 20 November

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 17 Nov – Hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) semakin buruk menjelang tiga hari lagi pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini setelah jentera PN mengarahkan jentera pilihan raya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat laporan polis berhubung penggunaan bahan kempen yang memaparkan wajah bekas Ketua Menteri, Sulaiman Md. Ali.

Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen PN berkata, Sulaiman merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Lendu dan beliau bukan presiden parti di peringkat pusat atau negeri.

Justeru katanya, perbuatan itu adalah salah di bawah akta pilihan raya kerana wajah Sulaiman berada di mana-mana di seluruh Melaka dan di luar kawasan kempen beliau.

“Kita telah berbincang dengan pihak perundangan semalam selepas ada rungutan dan aduan yang dibuat berkenaan poster Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin memenuhi seluruh pelusuk Melaka. Isu ini perlu dijelaskan bahawa Muhyiddin adalah Presiden PN. Sebab itu gambar beliau ada di mana-mana.

“Kami tidak pernah berselindung dan bangga dengan pencapaian beliau. Sebab itu kita hendak beritahu rakyat bahawa ini bukan janji tetapi suatu usaha yang telah dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar PN di Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya di sini hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania