Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – Kedudukan Ketua Pembangkang Diiktiraf Setaraf EXCO – Halim Bachik

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 17 Nov – Kedudukan Ketua Pembangkang akan diiktiraf sebagai Exco dan menerima pelbagai manfaat di bawah Pelan Tindakan Maju Bersama Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu diberikan mandat memerintah Melaka.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Melaka, Datuk Halim Bachik berkata, selain itu setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti juga akan diberikan hak peruntukan tahunan saksama agar pencapaian pembangunan di negeri berkenaan lebih seimbang di antara kawasan.

“PH komited untuk memastikan akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran dan setiap ADUN yang menang diwajibkan membuat pengisytiharan harta.

“Amalan tender terbuka akan dilaksanakan sebagai teras proses perolehan negeri. Amalan tender terbuka ini tidak akan menjejaskan agenda Bumiputera, sebaliknya membuka peluang sama rata dan adil kepada semua pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PH bertanding di kesemua 28 kerusi dengan KEADILAN bertanding 11 kerusi DUN, lapan DAP dan sembilan Parti Amanah Negara (Amanah).

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania