Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Gabungan Saling Berperang Takkan Boleh Beri Kestabilan – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 17 Nov – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata Perikatan Nasional dan BN yang saling ‘berperang’ tidak boleh diharapkan untuk membawa kestabilan politik di Melaka.

Bercakap pada ceramah secara maya untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka malam tadi, Anwar berkata pengundi harus mempertimbangkan senario jika BN atau PN menang.

“Mereka dah perang sekarang ini. Peperangan sengit di antara PN dan BN. Bercakap soal persatuan and perpaduan tetapi bertempur di bawah,” katanya

BN dan PN adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan tetapi bertembung sesama sendiri di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.

“Pagi timbalan menteri dari Bersatu kempen. Petang, menteri dari Umno kempen. Tempat yang sama, parti lain-lain.

“Di Melaka, isu utama ialah kestabilan politik. Kita perlu memilih kepimpinan yang mempunyai dasar yang jelas dan boleh memastikan kestabilan. Insya-Allah, PH boleh membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Anwar juga menggesa pengundi supaya menghukum mereka yang telah menjatuhkan kerajaan negeri PH, yang dipilih pada pilihan raya umum (PRU) 2018 tetapi tumbang berikutan pembelotan wakil rakyat.

Berikutan kejatuhan kerajaan negeri PH pada Mac 2020, ia digantikan oleh kerajaan negeri Umno-Bersatu, yang juga tumbang pada Oktober 2021 akibat pembelotan wakil rakyat sekali lagi.

Siri pembelotan terbaru yang menjatuhkan kerajaan Umno-Bersatu melibatkan Idris Haron dan Nor Azman Hassan yang masing-masing telah diletakkan di kerusi Asahan dan Pantai Kundor, sebagai calon PH.

Anwar menegaskan Idris dan Nor Azman bukan pengkhianat kerana mereka telah cuba membantu memulihkan kerajaan PH yang dipilih secara sah pada 2018.

Presiden KEADILAN itu juga memberi jaminan bahawa PH telah menapis calonnya bagi mengelak wakil rakyat yang dipilih lompat parti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania