Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PANAS – Umno Terengganu Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada PRU-15

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 17 Nov – Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata ketuanya, Ahmad Said.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama antara Umno dan PAS menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri berkenaan.

Katanya, Umno menolak kerjasama dengan PAS dan tidak akan berganjak dengan pendiriannya apatah lagi kerajaan negeri yang ditadbir PAS juga tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika pengagihan peruntukan bantuan Covid-19.

“Saya kata PAS tak akan bersama Umno (dan) dia akan pergi PPBM (bekerjasama dengan Bersatu).

“Saya tahu baca politik PAS sebab PPBM (Bersatu) tak ada jentera. Sebab itu, PAS akan gunakan PPBM (dengan) tawarkan jentera dia dan sebagai balasan dia tanggunglah kos-kos untuk pilihan raya dan sebagainya, ” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, memaklumkan parti itu bersedia untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.

Untuk rekod, pada PRU14, enam kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman dimenangi PAS, manakala Umno menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, kerusi di Parlimen Hulu Terengganu menjadi milik Bersatu selepas Rosol Wahid keluar Umno dan menyertai parti terbabit.

Bagi kerusi DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi, manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania