Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Nahas Hawk: Keluarga Mohd Fareez Bersyukur Anak Terselamat

Kongsikan Artikel Ini

SEBERANG JAYA, 17 Nov – Keluarga juruterbang yang cedera dalam insiden pesawat Hawk MK108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, bersyukur beliau terselamat dalam nahas itu.

Bapa Mejar Mohd Fareez Omar, Mejar Omar Deros berkata, dia mendapat maklumat berhubung kejadian malam tadi.

Menurut Omar, selepas dimaklumkan, beliau bersama ahli keluarga dari Selangor bergegas ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 8 pagi tadi.

“Alhamdulillah anak saya selamat.

“Saya dimaklumkan anak saya sudah sedar, namun dia masih dalam pengawasan doktor.

“Saya tidak pasti tahap kecederaannya, cuma dimaklumkan pihak hospital mungkin akan melakukan pembedahan.

“Setakat itu saja yang dapat saya diberitahu,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Beliau bagaimanapun berasa sedih apabila rakan anaknya terkorban dalam nahas malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, Mohd Fareez, 33, cedera manakala rakannya Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, terkorban selepas pesawat pejuang yang dikendalikan mereka terhempas ketika melakukan latihan penerbangan malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania