Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Nahas Hawk: Allahyarham Mohamad Affendi Terima Anugerah Kecemerlangan Inovasi

Kongsikan Artikel Ini

BUTTERWORTH, 17 Nov – Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk pada Selasa malam merupakan pemenang Anugerah Kecemerlangan Green Endorsement menerusi anugerah inovasi TUDM baru-baru ini.

Berdasarkan laporan di portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi, 31, dikurniakan anugerah itu sebagai pengiktirafan setelah berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Anugerah disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor pada minggu lepas.

Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi terkorban selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Dalam kejadian itu, seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Beliau dilaporkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat pagi ini.

Difahamkan insiden malang itu berlaku ketika kedua-dua mereka sedang melakukan latihan penerbangan malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Copyright © 2021 Media Rania