Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

MEMALUKAN – Perisikan Malaysia Dapat Markah SIFAR!

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 17 Nov – Kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang ‘habis diubah’ oleh pentadbiran terdahulu kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar.

Ini terbukti apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan angka sifar iaitu kritikal yang paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan untuk Malaysia.

Indeks bagi tahun lalu itu diterbitkan badan penyelidikan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini jelas mendedahkan aspek perisikan Malaysia amat lemah.

Ia sekali gus menjadikan negara ini hanya memperoleh markah keseluruhan 45 atau D yang bermaksud risiko tinggi dalam GDI bersama-sama dengan sejumlah 16 negara lain di dunia.

Perkara itu diakui Presiden TI-Malaysia, Dr. Muhammad Mohan menerusi kenyataan sambil menggesa kerajaan agar melihat serius penarafan buruk tersebut.

Penilaian Malaysia itu setaraf dengan Albania, Argentina, Armenia, Botswana, Chile, Greece, Hungary, Indonesia, Kenya, Kosovo, Portugal, Rusia, Serbia, Tunisia, Uganda dan Ukraine.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, hanya Filipina dan Singapura meraih C manakala lapan negara dalam kelompok B dan New Zealand muncul negara tunggal menerima penarafan A.

Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan ‘campur tangan’ ketara ke atas MEIO ketika era kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum pada 2018.

Agensi itu yang merupakan Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan sejak 1960-an lalu berdasarkan gaya model Pejabat Penyelidikan Kabinet Jepun atau Naicho.

Dianggap setaraf Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), MEIO seperti Naicho yang ditubuhkan pada 1952 lalu, turut menghantar laporannya terus kepada Perdana Menteri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Copyright © 2021 Media Rania