Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Mayat Tragedi Lombong Arang Batu Ditemui Selepas 11 Tahun!

Kongsikan Artikel Ini

WELLINGTON, 17 Nov – Selepas 11 tahun tragedi lombong arang batu yang mengorbankan 29 nyawa, pasukan penyiasat hari ini menjumpai sekurang-kurangnya dua mayat, namun menyatakan pihaknya tidak mungkin melancarkan lagi operasi pencarian.

Tragedi di lombong Pike River pada 2010 itu adalah kemalangan industri paling buruk di New Zealand yang mengejutkan negara, pelbagai percubaan pemulihan dan mendorong siasatan atas dakwaan jenayah.

Malapetaka itu dipercayai disebabkan letupan yang dicetuskan oleh penghasilan gas metana mudah terbakar.

Hanya dua daripada 31 pekerja lombong shif petang itu berjaya keluar menyelamatkan diri.

Runtuhan terowong menamatkan usaha untuk menjejaki mayat atau mendapatkan lebih banyak bukti mengenai bencana itu.

Dengan menggerudi lombong itu, pakar kini berupaya merakamkan lebih banyak gambar hingga ke bahagian paling jauh lombong terbabit.

Polis berkata, mereka melihat mayat manusia dan mungkin juga mangsa ketiga.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat mengenal pasti mayat dan akan bekerjasama dengan pakar forensik.

“Berdasarkan siasatan, kami percaya terdapat enam hingga lapan lelaki bekerja di lokasi mayat itu ditemui,” kata Detektif Superintendan Peter Read sambil memaklumkan berikutan lokasi itu, polis tidak dapat membawa keluar mayat itu.

Sementara itu, menteri bertanggungjawab untuk operasi pemulihan, Andrew Little, menjelaskan adalah sukar untuk membawa keluar mayat yang ditemui, meskipun waris mangsa menaruh harapan berikutan ia tidak mungkin dapat dilakukan.

Bagi keluarga mangsa, mereka amat berharap penemuan itu akan membantu untuk membuka kertas pendakwaan.

“Kami berusaha keras selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keadilan untuk anak lelaki kami, dan ini adalah sebahagian daripadanya,” kata Rowdy Durbridge, yang anaknya Daniel meninggal dunia dalam letupan itu.

Anna Osborne yang kehilangan suami pula berkata, perkembangan terbaharu memberitahu kejadian apa yang sebenarnya berlaku di sana.

Mereka antara keluarga yang berusaha berdepan dengan pihak berkuasa sejak bertahun-tahun untuk mengeluarkan mayat ahli keluarga yang terkorban itu.

Pada 2017, kerajaan bersetuju membiayai operasi itu, tetapi terhenti pada Mac lalu dan menyatakan usaha itu tidak membuahkan hasil walaupun sudah dimulakan 2.2 kilometer dari pintu masuk, selain menyatakan ia terlalu sukar dan menelan kos tinggi untuk diteruskan ke bahagian lebih jauh.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSAN JUAN, 30 Nov – Negara Barbados kini secara rasminya menjadi sebuah republik. Upacara bersejarah itu disaksikan beberapa pemimpin dan orang kenamaan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTOKYO, 29 Nov – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan...

Copyright © 2021 Media Rania