Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Covid-19 – Kembali Kerja Dari Rumah – PM Ireland

Kongsikan Artikel Ini

DUBLIN, 17 Nov – Penduduk Ireland digesa untuk kembali bekerja dari rumah, susulan peningkatan kadar kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital di seluruh negara.

Pada masa sama, kerajaan giat memperluaskan program pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dan skim pensijilan berkaitan, dalam usaha untuk mengekang perebakan virus itu.

Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, berkata perkembangan semasa semakin jelas menunjukkan negara itu sedang berdepan ‘satu lagi lonjakan penularan COVID-19’ dan beliau perlu ‘bertindak sekarang.’

“Nasihat kami buat masa ini ialah semua orang harus bekerja dari rumah, kecuali jika benar-benar perlu untuk mereka hadir secara bersemuka,” katanya dalam ucapan yang ke udara melalui siaran televisyen, semalam.

Martin turut memaklumkan, skim pas COVID-19 Ireland yang berdasarkan vaksinasi atau pulih daripada jangkitan virus itu, kini berkuat kuasa termasuk di panggung wayang dan teater, manakala bar serta pub pula dikehendaki tutup menjelang tengah malam.

Selain itu, katanya, pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluas kepada semua individu mempunyai komorbid serta mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Beliau berkata, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di Ireland pada minggu lalu adalah yang kedua tertinggi sepanjang tempoh tahun ini.

Keadaan itu berlaku walaupun Ireland merekodkan antara kadar vaksinasi yang tertinggi di dunia, dengan kira-kira 90 peratus penduduk berusia 12 tahun ke atas sudah lengkap imunisasi.

Negara itu dibuka semula sepenuhnya pada 22 Oktober lalu, selepas perintah berkurung dikuatkuasakan selama 18 bulan susulan pandemik berkenaan.

Bilangan jangkitan baharu dilaporkan meningkat kepada 4,407 kes, semalam.

Negara yang memiliki kira-kira lima juta penduduk itu telah mencatat lebih 5,500 kematian akibat COVID-19, setakat ini.

Tindakan Dublin menarik balik beberapa kelonggaran sekatan, adalah sama dengan beberapa negara Eropah lain yang kini turut bergelut dengan peningkatan semula penularan COVID-19.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSAN JUAN, 30 Nov – Negara Barbados kini secara rasminya menjadi sebuah republik. Upacara bersejarah itu disaksikan beberapa pemimpin dan orang kenamaan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTOKYO, 29 Nov – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan...

Copyright © 2021 Media Rania