Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

AMK Sarawak Bidas Keangkuhan ADUN Asajaya Perkecilkan Anak Muda

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 17 Nov – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak hari ini membidas kenyataan angkuh Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim dalam kenyataan sebelum ini memberitahu anak muda untuk tidak mensia-siakan hidup dengan menyertai politik.

Menurut Karim lagi anak muda perlu belajar, berkerja kemudian berumah tangga sebelum mempunyai pengalaman mencukupi untuk menjadi calon Pilihanraya pada usia 39, 40 atau 41 tahun.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man, mereka kesal dengan kenyataan Karim yang terlalu angkuh serta menghina anak muda.

Menurut mereka sifat angkuh Karim adalah kerana terlalu lama berada dalam jawatan tinggi dan terbiasa dengan segala hak istimewa yang dinikmati sehingga jauh dari orang-orang di bawah.

“Sifat sebegini jika tidak dibendung akan membahayakan pentadbiran sekiranya ia wujud di kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini kerana mereka akan merasakan bahawa mereka adalah sentiasa betul dan segala keputusan yang diambil harus diikuti tanpa dipersoalkan.”

“Tidak hairanlah disebabkan sikap angkuh ini, Karim sanggup memperlekehkan peranan anak-anak muda dalam politik.”

Kenyataan Karim beberapa hari lepas jelas menunjukan beliau bukanlah pemimpin yang memperjuangkan nasib dan kebajikan anak muda Sarawak.

AMK juga mempersoal bagaimanakah anak-anak muda hendak mengharapkan suara mereka didengari apabila mempunyai pemimpin kerajaan yang memandang sinis anak muda yang ingin berkhidmat untuk rakyat?

AMK juga mengingatkan bahawa pemimpin UMNO Datuk Nazri Aziz pernah menggelar Karim sebagai pemimpin ‘setahun jagung’ walau telah lama dapam politik. Ini kerana sikap Karim yang kurang matang.

Bagi AMK, anak muda perlu menolak pemimpin seperti Karim pada Pilihanraya negeri akan datang setelah memperkecil anak muda dengan angkuh.

“Kalaulah beliau yakin sangat dengan kekuatannya, sepatutnya beliau menasihati Ketua Menteri untuk diadakan pilihanraya selepas perlaksanaan Undi 18 dan bukannya tergesa-gesa untuk dibatalkan darurat sehingga sanggup membahayakan nyawa orang Sarawak hanya kerana takutkan Undi 18.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania