Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – Umno Terengganu Makin Pening Gelagat Pas

Bukti terbaharu kekecewaan ahli Pas sendiri terhadap prinsip dan dasar perjuangan pemimpin mereka - Foto: Facebook
Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 16 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kecoh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO lantang menyuarakan kerisauan tentang perpaduan Melayu-Islam di negeri ini yang bakal rapuh kembali susulan pertentangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) berkata, kepeningan itu berasas kerana tidak mahu kejadian solat berjemaah secara berasingan mahu pun kes dua imam mengetuai ibadah solat yang pernah berlaku dalam kalangan pengikut UMNO-Pas suatu ketika dahulu berulang lagi.

Katanya, keputusan Pas menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka jelas membuktikan muafakat yang terjalin antara parti itu dengan UMNO sudah terlerai.

“Pas mengkhianati perpaduan yang dibina menerusi Muafakat Nasional (MN), sedangkan sebelum ini dia yang mengajak orang Melayu-Islam bersatu, tetapi sampai masa tiba-tiba sudah tidak mahu berpakat molek.

“Jadi saya bimbang kejadian solat berasingan yang pernah berlaku di Terengganu semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) berulang kerana situasi itu sudah berjaya diatasi selepas Pas-UMNO bermuafakat, malah sesama kita tidak lagi berbalah demi perpaduan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2022 dalam Persidangan DUN di sini hari ini.

Kenyataan Nawi itu, bagaimanapun disanggah kalangan ADUN Pas termasuk Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh), Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk), Ahmad Shah Muhamed (Bandar) dan Maliaman Kassim (Ajil).

Hishamuddin meminta Nawi memperhalusi isi kandungan piagam MN sebelum menuduh Pas melupakan perpaduan yang dibina.

Keadaan bertambah panas apabila bekas menteri besar, Ahmad Said (BN-Kijal) bangun mengungkit sejarah Pas ‘menyembelih’ parti sendiri menerusi undi tidak percaya semasa menerajui pentadbiran negeri pada 1961.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda apabila Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali meminta semua ADUN bertenang dan mengikut perintah-perintah tetap dewan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania