Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Pakatan Harapan Mohon Rakyat Nilai Manifesto Untuk Jangka Panjang

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 16 Nov – Pakatan Harapan (PH) meminta pengundi membuat penilaian secara teliti, mendalam dan bijaksana terhadap Pelan Tindakan – Maju Bersama Harapan yang dibentangkan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 ini.

Pengerusi PH negeri, Adly Zahari, berkata ini kerana banyak inisiatif yang bakal dilaksanakan sekiranya PH kembali mengambil alih kepemimpinan negeri, sekali gus memberi manfaat dan keuntungan bagi jangka masa panjang kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata, pengalaman mentadbir Melaka selama 22 bulan memberi kelebihan kepada PH untuk kembali menerajui negeri sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada PRN kali ini.

“Saya cukup yakin rakyat boleh buat perbandingan hasil daripada pemerintahan PH selama 22 bulan dan rakyat di Melaka sudah cukup matang untuk menilai tahap kepemimpinan yang terbaik untuk negeri ini pada PRN,” katanya pada sidang media di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Rabu lalu, PH melancarkan Manifesto ‘Pelan Tindakan – Maju Bersama Harapan’ merangkumi aspek kesihatan, kebajikan, ekonomi penduduk, usahawan dan negeri serta reformasi pentadbiran kerajaan Melaka.


Turut diumumkan, Adly yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil sebagai calon tunggal Ketua Menteri sekiranya PH berjaya memenangi PRN, di samping isu kesihatan, ekonomi dan kestabilan politik yang dilihat sebagai perkara paling penting perlu diatasi di Melaka.

Antara inisiatif penting ditawarkan PH menerusi manifesto itu, termasuk menggubal enakmen anti lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan Melaka, selain mengiktiraf kedudukan ketua pembangkang setaraf EXCO.

Sementara itu, Adly yang juga bekas Ketua Menteri berkata, PH berpeluang untuk memenangi PRN jika peratusan keluar mengundi melepasi 70 peratus seperti yang dijangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, beliau yakin sebahagian besar rakyat ketika ini semakin sedar mengenai tanggungjawab memilih kerajaan pada PRN kali ini.

“Ketika ini kita sudah melangkah ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan saya yakin ramai pengundi yang akan mengambil kesempatan pulang ke kampung untuk mengundi pada Sabtu ini.

“Bagi saya tidak timbul halangan pengundi untuk pulang mengundi, sedangkan ada yang datang ke Melaka semata-mata untuk menikmati asam pedas, takkanlah pulang sekejap nak mengundi tidak boleh,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania