Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Terus Berdepan Krisis Kecederaan Menjelang Pertembungan Dengan Arsenal

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 16 Nov – Liverpool sekali lagi berdepan masalah kecederaan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (PL) Sabtu ini berdepan seteru utama utara London, Arsenal, apabila Andy Robertson dikeluarkan ketika Scotland menang 2-0 mengatasi Denmark.

Pemain berusia 27 tahun itu bermula bagi saingan kelayakan Piala Dunia di Hampden Park ketika skuad kendalian Steve Clarke mencatat kemenangan keenam berturut-turut.

Namun dia kemudiannya dikeluarkan mungkin kerana kecederaan hamstring pada minit ke-79.

Dia menerima rawatan sebelum digantikan Scott McKenna.

Skuad dari Merseyside pastinya berpeluh menantikan tahap kecergasan bekas pertahanan Hull itu yang mungkin akan digantikan tonggak Greece, Konstantinos Tsimikas atau James Milner di pertahanan kiri berdepan The Gunners.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mahu mengelak kekalahan berturut-turut dalam EPL selepas tewas 3-2 di tangan West Ham.

Dan mereka boleh digantikan Arsenal dalam liga sekiranya skuad Mikel Arteta menang di Anfield buat pertama kali sejak September 2012.

Pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson juga mungkin tidak bermain selepas dihantar pulang daripada skuad England kerana kecederaan.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania