Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jepun Mula Beri Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Mulai 1 Disember

@VŒ^ƒRƒƒiƒEƒCƒ‹ƒX‚̃ƒNƒ`ƒ“ÚŽí‚ðŽó‚¯‚é“s—§‹îž•a‰@‚̐Eˆõ‚T“úŒß‘OA“Œ‹ž“s•¶‹ž‹æi‘ã•ŽB‰ej
Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 16 Nov – Kerajaan Jepun akan mula memberikan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 mulai 1 Disember ini selepas mendapat kelulusan panel Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Vaksin dibangunkan Pfizer Inc dan BioNTech SE menjadi satu-satunya vaksin yang akan digunakan untuk dos ketiga, lapor agensi berita Kyodo.

Menurut panel itu, pada asasnya individu perlu menunggu lapan bulan selepas dos kedua sebelum boleh menerima dos ketiga, namun, kerajaan tempatan boleh memendekkan selang waktu itu kepada enam bulan jika perlu, sebagai contoh untuk mengekang lonjakan jangkitan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Fumio Kishida berikrar memulakan pemberian dos ketiga dalam tahun ini, dimulakan dengan kakitangan perubatan sebelum diperluaskan kepada warga emas pada Januari.

Individu berumur 18 tahun ke atas layak mendapat suntikan penggalak dan mereka berkhidmat dalam bidang berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan dos tersebut.

Kerajaan tempatan akan mula menghantar baucar untuk dos penggalak itu akhir bulan ini.

Hanya mRNA vaksin dihasilkan Pfizer atau Moderna akan diberikan untuk dos penggalak. Bagaimanapun, vaksin Moderna masih belum diluluskan Kementerian Kesihatan sebagai dos ketiga.

Vaksin AstraZeneca, yang menggunakan teknologi berbeza juga akan diteliti dengan lebih lanjut sebelum digunakan sebagai suntikan penggalak.

Menurut kerajaan Jepun, lebih 75% penduduk negara itu sudah lengkap divaksin dan lebih 78% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania