Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Hina Wartawan – Kumpulan Media Bedal Dua Pemimpin Pas

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik membidas dua pemimpin Pas, termasuk seorang menteri, kerana bersikap bermusuh terhadap wartawan portal Free Malaysia Today (FMT) yang hanya menjalankan tugas mereka.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, kesatuan itu tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa pemimpin dan ahli politik seperti kedua-dua individu berkenaan, yang “membuli wartawan ketika menjalankan tugas”.

“Harus diingat tugas wartawan, selain bertanyakan soalan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai, kami juga mempunyai peranan dalam memastikan berlakunya semak dan imbang dalam pentadbiran negara/negeri/politik,” katanya dalam kenyataan.

FMT sebelum ini melaporkan dua pemimpin Pas, iaitu Idris Ahmad dan Awang Hashim, dilihat “mengasak” seorang wartawannya yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Idris, Naib Presiden Pas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyoal sama ada wartawan Minderjeet Kaur boleh menerima jika suaminya “kaki judi”.

Manakala Awang, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, mendesak wartawan berkenaan supaya bertanyakan soalan dalam Bahasa Malaysia.

Farah berkata, soalan yang diajukan oleh wartawan perlu diterima dengan minda yang terbuka.

“Sekiranya anda gagal menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, ia memberi maksud bahawa langkah/pelaksanaan yang diambil tidak difikirkan matang-matang,” katanya.

“Jangan salahkan orang yang bertanya, jika anda tidak mempunyai jawapan kepada soalan kami. Jangan cuba untuk mengalihkan soalan dengan menyerang kekurangan orang lain.”

Beliau turut mengingatkan agar tidak menggunakan kuasa untuk membuli, terutamanya terhadap wanita.

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (GERAMM) turut meluahkan rasa kesal mengenai reaksi kedua-dua pemimpin PAS itu terhadap soalan Minderjeet.

“Bukan sahaja tidak menjawab soalan yang diajukan, portal Free Malaysia Today melaporkan wartawan mereka yang ditugaskan membuat liputan pelancaran manifesto PN (Perikatan Nasional) di Shah Alam disoal kembali oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad sama ada dia boleh menerima sekiranya suaminya seorang ‘kaki judi’.”

GERAMM berkata, tindakan kedua-dua pemimpin parti Islam itu, terutamanya sebagai sebahagian daripada kerajaan, tidak boleh diterima.

Katanya, setiap wartawan mempunyai tanggungjawab dan hak untuk bertanya tentang sebarang isu, dan pihak yang ditanya juga berhak untuk tidak memberi sebarang komen.

Mengenai tindakan Awang menyoal sama ada wartawan berkenaan rakyat Malaysia atau bukan, hanya kerana beliau bertanyakan soalan dalam Bahasa Inggeris, GERAMM berkata: “Tidak ada alasan untuk menyerang wartawan secara peribadi hanya kerana tidak bersedia untuk menjawab.”

“Respon yang diberi jelas menunjukkan sikap tidak menghormati kerjaya wartawan dan juga wanita yang mungkin dilihat sebagai mudah dibuli.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Copyright © 2021 Media Rania