Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – KEADILAN Yakin Tumpaskan Sulaiman Di Lendu

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 15 Nov – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mendakwa mereka mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi N04 Lendu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dan dengan itu menyingkirkan penyandangnya, ketua menteri Sulaiman Md Ali yang mewakili Umno.

Pengerusi KEADILAN negeri, Halim Bachik memberitahu sidang akhbar bahawa keyakinan itu berdasarkan penilaian mereka di lapangan baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat petunjuk positif mengenai peluang KEADILAN di kerusi itu yang merupakan kerusi tradisi BN.

“Untuk Lendu, walaupun kawasan (yang sebelum ini disandang) ketua menteri, pada saya, apabila turun di lapangan kita banyak maklumat (yang cenderung kepada KEADILAN).

“… pengundi di situ amat positif. Cuma ada kawasan yang ketat kita nak masuk, tapi apabila kita masuk dapat penerimaan baik,” katanya.

Calon Pakatan Harapan DUN Lendu, Asri Ibrahim (berdiri) mengunjungi Warung Mahkota Dewa di sini sambil menyantuni pengundi.

Persaingan untuk kerusi DUN Lendu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Asri Ibrahim dari KEADILAN, yang bertanding di bawah panji Pakatan Harapan, menentang Sulaiman dari Umno dan Abdullah Mahadi dari Perikatan Nasional (PN), yang merupakan mejar bersara Tentera Darat.

Halim berkata, Asri, 35, juga mempunyai prospek yang baik memandangkan dia masih muda dan pernah berkhidmat sebagai pegawai pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Calon itu, tambahnya, dilantik sebagai penyelaras PH bagi kawasan Lendu sejak tahun lepas apabila gabungan itu digulingkan dalam rampasan kuasa politik.

“Ada potensi untuk menang di Lendu kerana Sulaiman menang pada 2018 dengan majoriti tipis 627,” tambahnya.

Dalam sidang media itu, Halim berkata KEADILAN yakin mereka mampu menambah bilangan kerusi kepada tujuh berbanding tiga yang dimenangi parti itu pada 2018 iaitu Machap Jaya, Rembia dan Kelebang.

Kerusi tambahan lain yang mereka sasarkan selain Lendu ialah Paya Rumput, Asahan dan Rim.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania