Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Polis UK Isytihar Letupan Teksi Di Liverpool Sebagai Serangan Pengganas

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 16 Nov – Polis United Kingdom (UK) mengisytiharkan insiden letupan melibatkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool pada Isnin sebagai serangan penganas.

Berdasarkan siasatan, pihaknya percaya seorang lelaki yang memasuki kenderaan dilengkapi alat letupan.

Akibat kejadian, seorang terkorban manakala pemandunya dimasukkan ke hospital akibat cedera.

Insiden letupan itu berlaku beberapa minit sebelum rakyat Britain bertafakur bagi hari peringatan pejuang perang yang diadakan setiap tahun.

Pihak polis belum menyimpulkan sama ada kejadian itu berkait dengan hari berkenaan ataupun berlaku disebabkan ancaman penganas.

Polis turut masih mengikuti rapat perkembangan terkini berkenaan kejadian itu.

Dalam kejadian itu, tiga orang ditahan susulan kejadian insiden sebuah kereta meletup itu menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera, kata polis.

Terdahulu, menurut polis Merseyside sebuah kereta meletup berhampiran sebuah hospital wanita di Liverpool.

Siasatan sedang dijalankan yang turut melibatkan detektif dari jabatan antikeganasan, lapor Sputnik.

“Pegawai di Merseyside menahan tiga lelaki – berusia 29, 26 dan 21 – di kawasan Kensington, Liverpool di bawah Akta Keganasan,” ciap polis Greater Manchester di Twitter.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 20 Jan – Tentera China mengiringi dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) kapal perang yang memasuki perairan berhampiran Kepulauan Paracel...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 19 Jan – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniISTANBUL, 19 Jan – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran kepada Russia supaya tidak sesekali menyerang Ukraine, mengingatkan bekas republik Soviet...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRAMALLAH, 18 Jan – Palestin semalam memberi amaran kepada Israel terhadap tindakannya mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur. “Percubaan...

Copyright © 2021 Media Rania