Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Kehebatan Hamilton Terbukti Di Brazil

Kongsikan Artikel Ini

SAO PAULO, 15 Nov – Jika Lewis Hamilton meraih rekod gelaran dunia kelapan, ia pastinya dibantu kemenangan hebat pada saingan di Brazil awal pagi tadi yang digambarkannya sebagai “hujung minggu terbaik saya alami mungkin sepanjang karier.”

Pada Sabtu dia diketepikan daripada kedudukan petak pendahulu selepas pegawai perlumbaan menemui perubahan pada jenteranya.

Bermula di petak ke-20, dia menampilkan aksi memintas hebat untuk ke kedudukan kelima yang kemudiannya jatuh ke tangga ke-10 petak perlumbaan berikutan penalti kerana perubahan enjin.

Ketika pendahulu kejuaraan, Max Verstappen berada di petak depan bersama rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, kemenangan sesuatu yang dilihat amat sukar.

“Datang ke sini ketika ketinggalan 19 mata, hanya satu mata di depan dalam kejuaraan berpasukan, kami amat memerlukan keputusan yang hebat, tapi jelas kami dikenakan semua penalti ini,” katanya.


“Secara mentalitinya, anda hanya berasakan ia semuanya sudah berakhir, ia mustahil, tetapi ia sebenarnya tiada jika minda anda boleh mengatasinya.”

Gembira memiliki kepantasan hasil enjin baharunya, pemandu berusia 36 tahun itu memintas satu demi satu lawannya – hanya Bottas diarahkan menukar tempat yang terbukti menunjukkan juara dunia tujuh kali itu ada seni perlumbaan tersendiri.

Dia berjaya mendahului lawannya pada selekoh keempat pusingan ke-48, tetapi Verstappen memaksanya mengekalkan posisi itu.

Pegawai perlumbaan menyiasat insiden berkenaan dan menyatakan Verstappen mengikut peraturan perlumbaan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania