Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Krisis Air Dalat, Bila Nak Selesai? – AMK Sarawak

Kongsikan Artikel Ini

DALAT, 14 Nov Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak hari ini mempersoal janji kerajaan bagi menyelesaikan krisis air yang berlaku sejak sekian lama di daerah Dalat, Sarawak.

Menurut Bendahari AMK Sarawak, Patricia Hai berkata pada Jun 2018 Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah melawat ke daerah Dalat bagi melihat sendiri masalah air yang berlaku sejak sekian lama.

Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu telah menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM34 juta khusus untuk membaik pulih sistem saliran air bersih di daerah berkenaan.

“Lawatan dan inisiatif ini hanya berlaku selepas tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Persekutuan dan PBB seperti baru tersedar dari lena dan ingin memastikan PBB kekal relevan di Sarawak” ujar Patricia.

“Namun selepas tiga (3) tahun lawatan dan pengumuman peruntukan khas berkenaan, apakah perkembangan projek baik pulih tersebut?” soal beliau.

“Kerajaan GPS di Sarawak seolah melupakan janji mereka setelah membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Dalam tempoh tiga tahun ini masalah air kerap dihadapi penduduk daerah Dalat dan kekerapan masalah ini adalah sebulan sekali. Menurut beliau ada kalanya masalah air berlanjutan sehingga seminggu termasuk pada musim perayaan.

Menurut beliau kekerapan gangguan serta pencemaran warna dan bau air turut menjejaskan sosio-ekonomi penduduk setempat dan peniaga-peniaga kedai makan.

“Saya menuntut mantan wakil rakyat N.56 Dalat yang juga mantan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak agar memberikan jawapan perkembangan projek pemulihan saliran air bernilai RM34 juta itu.”

Beliau tidak ingin mantan ADUN berkenaan menggunakan isu masalah air ini sebagai janji pada Pilihanraya Negeri akan datang setelah ianya gagal diselesaikan selepas tiga tahun peruntukan khas RM34 juta disalurkan.

Perkembangan dan permasalahan ini menjurus kepada pelbagai persoalan. Mengapa masalah dan krisis air terus berlaku sekiranya peruntukan khas telah diturunkan?

Patricia juga mempersoalkan adakah berlaku ketirisan dan peruntukan dialihkan ke projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada penduduk Dalat?

“Kegagalan mantan ADUN Dakat menjawab persoalan ini jelas membuktikan kegagalan beliau sepanjang menjadi wakil rakyat dan Menteri dalam memperjuangkan nasib penduduk Dalat.”

“Saya tegaskan sekali lagi, selesaikan masalah air di Dalat ini dengan kadar segera. Harus diingat, air bersih ini bukan hanya keperluan kehidupan, malah menjadi Hak Asasi Manusia yang perlu diselesaikan wakil rakyat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Gabungan 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengandungi lapan tuntutan termasuk...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 19 Jan – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyelar tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Copyright © 2021 Media Rania