Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Ketegangan China-Amerika Syarikat Terus Meningkat

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 14 Nov – Diplomat tertinggi dari China dan Amerika Syarikat (AS) saling memberi amaran berhubung isu di Taiwan yang semakin memuncak, sebelum sidang kemuncak membabitkan kedua-dua pemimpin esok.

Mesyuarat secara maya antara Presiden AS, Joe Biden dan rakan sejawatannya, Xi Jinping, berlangsung tatkala ketegangan di Taiwan bertambah meruncing selain turut berkait beberapa isu lain seperti perdagangan dan hak asasi manusia.

Dalam panggilan telefon Jumaat lalu kepada Menteri Luar China, Wang Yi, bagi membincangkan persediaan sidang kemuncak, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, mengutarakan kebimbangan berhubung tekanan ekonomi, diplomatik dan ketenteraan Beijing terhadap Taiwan.

Yi memberi amaran tindakan AS mengenakan sekatan berkemungkinan diterjemahkan sebagai memberi sokongan kepada ‘kemerdekaan Taiwan’.

Washington menukar perakuan diplomatik dari Taipei kepada Beijing pada 1979 tetapi satu undang-undang diluluskan Kongres pada tahun sama membolehkan AS menyediakan bekalan senjata kepada Taiwan bagi tujuan pertahanan diri.

Kerajaan AS mengambil sikap berhati-hati untuk tidak memperakui Taiwan, namun masih menikmati sokongan bipartisan yang meluas dalam Kongres.

Malah, sekumpulan penggubal undang-undang melakukan kunjungan ke pulau berkenaan bulan ini, sekali gus mencetuskan kemarahan Beijing.

“Sebarang konspirasi ke arah menyatakan sokongan bagi ‘kemerdekaan Taiwan’ hanya akan merencatkan perdamaiman di seluruh Selat Taiwan dan mengundang kesan negatif,” kata Yi kepada Blinken, berdasarkan perincian panggilan telefon yang dikeluarkan China semalam.

China sudah meningkatkan aktiviti ketenteraan dekat Taiwan sejak kebelakangan ini, dengan beberapa siri penerbangan menyusupi ruang pertahanan udara pulau berkenaan, sejak awal Oktober lalu.

Washington pula berulang kali menyatakan sokongan kepada Taiwan berikutan siri kemaraan tentera yang dilakukan China.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 20 Jan – Tentera China mengiringi dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) kapal perang yang memasuki perairan berhampiran Kepulauan Paracel...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 19 Jan – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniISTANBUL, 19 Jan – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran kepada Russia supaya tidak sesekali menyerang Ukraine, mengingatkan bekas republik Soviet...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRAMALLAH, 18 Jan – Palestin semalam memberi amaran kepada Israel terhadap tindakannya mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur. “Percubaan...

Copyright © 2021 Media Rania