Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Croatia Ke Piala Dunia 2022 Akibat Gol Sendiri Russia

Kongsikan Artikel Ini

SPLIT, 15 Nov – Croatia memastikan tempat ke Piala Dunia 2022 menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Russia apabila gol Fedor Kudryashov menerjah gawang sendiri dalam saingan sengit di Split.

Selepas mara ke final pada Piala Dunia 2018, Croatia tampak perlu beraksi dalam play-off apabila bergelut untuk memecahkan benteng Russia dalam keadaan padang teruk akibat hujan.

Namun kesilapan Kudryashov menyaksikan mereka merampas tempat berkenaan daripada pelawat lapan minit sebelum tamat.

“Ia perlawanan yang sukar sejak awal kerana hujan. Kami tidak pernah berputus asa, kami bersabar dan saya rasa kami memang berhak menang. Kami adalah pasukan terbaik daripada kumpulan ini,” kata kapten Croatia, Luka Modric.

Cubaan menerusi tandukan awal Andrej Kramaric mencetus rentak buat Croatia yang memberi tekanan dalam usaha mendapatkan gol awal.

Cubaan Marcelo Brozovic juga sedikit tersasar manakala sepakan Josip Juranovic diselamtkan penjaga gol Russia, Matvey Safonov.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania