Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

TERKINI – Inikah Balasan Terhadap Pengkhianatan Rafiq?

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 12 Nov – Semakin lumpuh!

Berkuat kuasa hari ini sehingga 26 November, premis Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang juga bilik gerakan kepada calon kawasan itu, Rafiq Naizamohideen, diarah tutup serta-merta susulan pengesanan kes Covid-19.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan notis penutupan berkenaan hari ini, berikutan terdapat pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.

Menurut laporan Sinar Harian, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Rafiq, yang juga Pengerusi PN Melaka.

Sementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenal pasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Selain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” kata notis itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniNIBONG TEBAL, 18 Jan – Sebanyak 10 buah sekolah yang berada berdekatan dengan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram yang terbakar...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Copyright © 2021 Media Rania