Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Rimbun Harapan Satu Lagi Bukti Prihatin Kerajaan Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 12 Nov – Kakitangan awam daripada kumpulan pelaksana Gred 40 dan golongan sederhana dan rendah di Negeri Sembilan, kini berpeluang memiliki rumah sendiri apabila projek perumahan mampu milik Rimbun Harapan di sini, sudah siap sepenuhnya.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 351 unit rumah berharga antara RM90,000 hingga RM250,000 siap dibina yang turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau dan dewan orang ramai.


Menurutnya, projek berkenaan adalah hasil kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan pemaju De Four Development Sdn Bhd.


“Projek ini dilaksanakan di lokasi strategik dibina di tanah milik PKNNS berhampiran S2 Heights dan Bandar Ainsdale, khusus untuk membantu penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.


“Projek ini dibina di atas tanah seluas 18 hektar dengan jumlah nilai pembangunan (GDV) dianggarkan sebanyak RM64 juta.

“Ia berjaya disiapkan tujuh bulan lebih awal daripada jangkaan. Tahniah diucapkan kepada pihak PKNNS yang bertungkus lumus dalam merealisasikan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek Rumah Rimbun Harapan yang terletak dalam kawasan perbandaran baharu, Bandar Ainsdale di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek.


Aminuddin berkata, sebanyak 150 unit rumah adalah Jenis A yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air yang dijual pada harga bermula dari RM90,000.

Beliau berkata, bagi Jenis B pula sebanyak 201 unit rumah yang menyediakan empat bilik dan dua bilik air dijual bermula dari RM250,000.


Menurutnya, projek perumahan itu dilaksanakan bagi membantu penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri.

“Kita (kerajaan negeri) menjangkakan rumah ini dapat diserahkan kepada pembeli menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Foto: Facebook Page Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Copyright © 2021 Media Rania