Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – Mungkinkah Giliran PRN Johor Pula?

Kongsikan Artikel Ini

JASIN, 12 Nov – Bekas perdana menteri 18 bulan, Muhyiddin Yassin ‘mengamuk’ dengan tindakan veteran UMNO, Shahrir Samad yang mencabar BERSATU menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.

Menyifatkan cabaran itu sebagai ‘bodoh’, Presiden BERSATU itu jelas berang dengan kenyataan Shahrir yang disifatkan memberi risiko keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN), jika BERSATU menarik sokongan.

“(Cabaran) itu berniat jahat. Shahrir nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

“Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada. Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar BERSATU tarik sokongan supaya pemimpin itu jatuh. Bijak atau bodoh? Minta maaflah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shahrir semalam, yang mencabar BERSATU menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor.

Ini susulan Muhyiddin ketika berucap pada satu majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman COVID-19.

Sebenarnya, Muhyiddin cukup takut jika Johor pula yang adakan PRN, nescaya parti itu akan berkubur bersama-sama karier politiknya.

Ini membayangkan wujud ketakutan BERSATU terhadap UMNO yang kini semakin jelas mahu menguasai orang Melayu yang dibuktikan sekarang di Melaka.

Nasib BERSATU kini hanya bergantung kepada sokongan Pas bagi menarik orang Melayu dan Pas yang sudah jadi pelacur politik, hanya melihat siapa yang boleh memberi laba kepadanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania