Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

PRN Melaka – Kehadiran Kak Wan Gegar Solok Duku

Kongsikan Artikel Ini

MASJID TANAH, 12 Nov – Penduduk sekitar Solok Duku, dekat sini, amat bertuah kerana menerima sentuhan eksklusif pemeriksaan mata secara percuma daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pagi tadi.


Kehadiran beliau yang lebih mesra dengan nama ‘Kak Wan’ mencuri perhatian masyarakat di sini apabila beliau sendiri melakukan pemeriksaan mata kepada penduduk yang hadir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beberapa peralatan pemeriksaan mata turut disediakan bagi membolehkan Kak Wan memeriksa keadaan mata terutama bagi warga emas yang teruja dengan kehadiran Ahli Parlimen Pandan itu ke kawasan mereka.


“Alhamdulillah sambutan rakyat tempatan sangat baik kepada calon Pakatan Harapan di sini dan diharap keadaan ini berterusan, insya-Allah,” ujar beliau.


Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik dan isteri, Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai serta calon PH bagi DUN N.04 Lendu, Mohd Asri Ibrahim.


Rata-rata penduduk yang ditemui menyifatkan Kak Wan sangat mengambil berat tentang penjagaan dan kesihatan mata rakyat dan mereka amat berbangga kerana beliau sempat singgah dalam kempen PRN di kawasan mereka.


Sambutan yang amat menggalakkan mendorong pasukan kempen merancang untuk mengadakan program serupa di kawasan lain dalam masa terdekat.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 15 Jan – Menjelang tibanya sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh dua minggu lagi, masyarakat Cina setempat telah mula membuat...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 5 Jan – Kecewa dengan tindakan terlalu perlahan pihak berkuasa membaiki jalan rosak di sepanjang Jalan Beserah, dekat Kuantan, ahli dewan...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniMENTAKAB, 2 Jan – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama kepimpinan KEADILAN Cabang Wangsa Maju turun ke...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniPUTATAN, 30 Dis – Hari ini satu taklimat persediaan menghadapi luruan monsun telah diadakan dan dihadiri 35 wakil Skuad Bencana Alam Parlimen...

Copyright © 2021 Media Rania