Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Kelayakan Piala Dunia 2022 – Sweden Dimalukan Georgia

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 12 Nov – Sepanyol menang 1-0 di Greece manakala Sweden dikejutkan 2-0 oleh Georgia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022.

Penalti Pablo Sarabia sudah cukup buat La Roja kendalian Luis Enrique untuk mengutip tiga mata dan mengatasi Sweden dengan kelebihan satu mata menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan di Seville Ahad ini.

“Sudah tentu kami akan mempunyai tempat di Piala Dunia menjelang Ahad ini, tetapi saya sudah berfikir begitu sejak kami berada di tangga kedua kumpulan.

“Kami akan menentang pasukan bagus yang secara teori, akan lebih menyerang,” kata Enrique.

Gandingan Zlatan Ibrahimovic dan Alexander Isak di jentera serangan Sweden tidak mampu mengatasi dua ledakan gol babak kedua oleh Khvicha Kvaratskhelia di Tblisi.

Sementara itu Cristiano Ronaldo gagal memacu Portugal yang diikat tanpa jaringan oleh Republik Ireland di Dublin.

Ronaldo dua kali hampir memecah kebuntuan tetapi kedua-dua percubaannya tersasar. Pepe pula dilayangkan kad merah ke-14 sepanjang kariernya lapan minit sebelum tamat permainan selepas dia menyiku Callum Robinson.

Ireland tewas kepada Luxembourg dan seri menentang Azerbaijan di laman sendiri sekali gus memusnahkan peluang mereka untuk layak.

Namun skuad kendalian Stephen Kenny hampir meraih kemenangan dalam masa kecederaan tetapi jaringan Matt Doherty dibatalkan kerana kekasaran ke atas penjaga gol Portugal Rui Patricio.

Portugal masih mendahului Kumpulan A, menyamai kutipan mata Serbia yang akan menjadi lawan mereka di Lisbon Ahad ini.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania