Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TAKZIAH – Takiyuddin Positif Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan positif Covid-19 dan perkara itu disahkan Menteri Undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi memberitahu Dewan Rakyat hari ini ketika dia mewakili ahi parlimen PAS itu pada sesi pertanyan lisan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai harimau Malaya.

“Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena penyakit Covid, saya dimaklumkan bahawa saya ambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada sesi pertanyaan lisan itu, Che Alias bertanya mengenai usaha kementerian memastikan harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak akan pupus.

Dilaporkan pada pertengahan September lalu Takiyuddin menjalani kuarantin kerana kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Jan – Walaupun pelbagai tekanan diterima pelbagai pihak sejak seminggu lalu, Azam Baki hari ini menegaskan beliau tidak akan...

Copyright © 2021 Media Rania