Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Sarawak Tanah Airku, Namun Tiada Tanah Untuk Rumahku

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 11 Nov – Saya bertanding di DUN Jepak, pada PRN 10 dan 11.

Di antara isu yang diangkat adalah masalah tanah orang asal. Pada mulanya orang tempatan memberi sokongan dan PBB menyedari ketidak puasan hati pengundi tempatan terpikat dan menjanjikan kepada  pengundi di situ dengan memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah.

Sehingga Pemimpin PBB tempatan menjanjikan kesediaan naik turun ke Pejabat Land Survey Hq di Kuching, untuk menyelesaikan isu ini.


Kisah ini dikongsikan dengan saya oleh beberapa indidvidu yang terkesan, bahkan ada seorang mak cik, warga emas dengan titisan airmata menceritakan bagaimana beliau dengan arwah suaminya, sanggup berjalan kaki dari Kampung Jepak meneroka dan seterusnya berkebun, pergi pagi dan balik petang, tetapi tahu-tahu tanah yang disangka miliknya, sudah menjadi milik kroni Pimpinan Parti PBB, yang datang kemudian dari mereka.

Isu yang sama dibangkitkan pada PRN11, kali ini Parti PBB mengedarkan borang permohonan lot tanah untuk perumahan di kawasan Sepadok dan juga berjanji menyelesaikan masalah tanah di jalan pesisir Bintulu/Kuala Tatau.

Bahkan ada tanah yang telah diterokai oleh anak2 tempatan diserahkan kepada sebuah syarikat seluas lebih 100 ekar kepada bukan orang tempatan. Pabila melihat ada pokok buah-buahan di atas tanah tersebut, seorang pegawai Polis yang dibawa ke lokasi itu mengakui bahawa tanah itu bukan tanah kosong tetapi sudah ada yang mendiami dan mengusahakan tanah tersebut.

Sehingga ke hari ini ada warga emas yang masih membuat tuntutan tanpa putus asa. Diceritakan anak cucunya yang mencari sayur midin di atas kebun mereka pernah dihalau oleh suku-sakat towkay syarikat tersebut.

Untuk membina laluan ke Jambatan Kuala Sungai Kemena, ada tanah syarikat yang sudah dibayar ganti rugi, tetapi memohon lagi tanah yang berdekatan dan membayar surveyor menyukat tanah yang berdekatan.

Mujur ada anak tempatan yang berani membuat bantahan dengan harapan bantahan itu akan diterima oleh Pimpinan PBB, kerana pada masa yang sama anak-anak tempatan pernah memohon untuk mendapat hak milik atau mengazetkan tanah-tanah tersebut diistiharkan sebagai tanah NCR.

Begitulah nasib orang asal, yang di pimpin oleh orang asal, yang mengambil kesempatan diatas kejujuran rakyat biasa yang telah memberi mandat kepimpinan Negeri kepada mereka.

Orang asal hanya perlukan janji manis dengan sedikit imbuhan semasa PRN, mereka sudah lunak hati walaupun telah dianiaya, namun masih percaya dengan janji-janji.

Mereka yang pernah menyatakan sokongan kepada saya pada awalnya, mula menjauhkan diri daripada saya dek jani-janji manis itu.

Selepas pilihan raya , selepas menang, janji tinggal janji dan hampir pilihan raya timbul semula cerita lama, isu lot tanah dan perumahan bangkit semula.

Di Balingian, Mukah dan Dalat juga rupanya ada isu serupa. Janji-janji PBB kembar pelandok seiras wujud juga. Kalau pasal wang kita disibukkan dengan Macau Scam, mungkin kes tanah seperti ini boleh diistilahkan PBB Scam.


Rupanya apa yang dipraktikkan oleh PBB di Bintulu juga berlaku di Mukah.Oleh Parti yang sama. Exactly the same.

PRK 2014, saya bertanding, di DUN Balingian. Tanpa saya sedari rupanya PBB juga pernah mengedarkan Borang Permohonan Lot Perumahan, ramailah anak-anak tempatan mengisi dan menyerahkan Borang Permohonan yang dikelolakan oleh PBB.

Ada satu ketika rancangan untuk membina Rumah Mesra Rakyat juga dihebahkan.Kerja-kerja awal seperti perluasan tapak dan earth filing sudah dilaksanakan.

Kedua-dua hebahan di atas rupanya, janji-janji kosong juga.

Menarikkan.

Bersembang dengan anak-anak tempatan, Orang Asal, sambil ngopi, mendengar luahan perasaan mereka. Terpampang kekecewaan.

Ke mana mereka hendak mengadu. Saban kali Pilihanraya mereka masih menyokong Parti PBB. Letak calon yang bukan dari grassroot PBB pun mereka tetap sokong PBB. Begitulah loyalnya Orang Asal kepada Parti PBB.

Cerita terbaru, juga sama.

Sebidang Tanah di tebingan Jalan Balingian/Mukah, berdekatan kawasan SOP, pernah satu ketika dahulu dijanjikan untuk lot perumahan orang asal Balingian. Setiap individu yang layak dari segenap kampong di Balingian akan diberi keutamaan memiliki lot-lot tersebut.

Dialog mengenai lot-lot ini pernah dibuat pada pertengahan tahun 90an.

Hari ini belum ada kepastian, adakah orang asal dari Balingian akan memiliki lot-lot tersebut, kemungkinan hanya dibahagikan di kalangan suku-sakat yang punya kabel fiber, seperti biasa.

Namun anak-anak tempatan masih ada masa untuk mengungkitkan hal ini sebelum terlambat dan terlepas keluar pembahagian surat hak milik.


Di kawasan Mateding, juga pernah diedarkan Borang Permohonan untuk Lot Perumahan ini.

Sepertimana cerita yang berlaku di Bintulu, juga berlaku di Balingian dan Mateding.

Orang Asal, memang…….hmmmmmmmmm.

Di Dalat pun saya pernah dengar cerita yang sama, tapi setelah saya datang berjumpa dengan beberapa  orang yang terkesan, yang memohon saya menyuarakan masalah ini, mereka selepas itu tiada masa lagi dan mengelak untuk berjumpa untuk membuat tindakan susulan.

Masalah untuk memiliki perumahan sendiri adalah masalah besar dari Jepak ke Dalat. Cerita ini saya dapat hasil daripada tinjauan saya sendiri semasa berjalan-jalan di kampong-kampung. Pengakuan yang dibuat sendiri oleh keluarga muda keturunan orang asal.

Majoriti rumah-rumah di kampong-kampong didiami oleh lebih daripada satu keluarga (satu kelamin). Samada mereka membuat extension kepada rumah asal ke kiri-atau kanan atau mereka membuat bilik-bilik dibahagian di tingkat bawah.

Sehingga ada berlaku kes sumbang mahram, atau penzinaan berlaku antara sepupu dan kes rogol.

Anak-anak remaja, kerana tidak selesa lagi duduk di rumah, mereka rela berkeliaran dan ada yang tercicir dalam pelajaran kerana tiada ruang dalam yang rumah untuk tempat belajar.

So apa Keadilan akan buat untuk menyelasaikan isu-isu perumahan ini?

Keadilan mesti Mengambil alih Pimpinan Negeri Sarawak, untuk melaksana Perubahan dengan mengutamakan pemilikan tanah dan  rumah untuk yang layak.

Inilah di perjuangan Keadilan Untuk Rakyat Sarawak

Keadilan Untuk Sarawak
Keadilan Untuk Semua

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Copyright © 2021 Media Rania