Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Cubaan Cabar Bubar DUN Tidak Berjaya

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari. Foto: The Straits Times
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, hari ini, gagal mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dalam usaha membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Adly, 50.

Terdahulu, Noorin dalam penghakimannya, berkata proses membuatkan keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

“Pembubaran itu tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah. Sehubungan itu ia tidak boleh diubah menerusi semakan kehakiman,” katanya.

Adly, 50, selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Menteri Melaka (sementara), Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof sebagai responden pertama dan kedua.

Sementara responden ketiga dan keempat ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohd Ali Rustam.

 

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Adly menuntut perisytiharan nasihat responden pertama (Sulaiman) terhadap responden keempat (Mohd Ali) pada atau sekitar 4 Oktober lalu untuk membubarkan DUN Melaka ke-14, berniat jahat (mala fide).

Beliau mendakwa responden pertama ketika itu tidak lagi mempunyai sokongan besar ahli DUN Melaka.

Selain itu, Adly turut menyatakan, responden pertama bertindak secara tidak munasabah dengan menasihati responden keempat membubarkan DUN Melaka, dalam keadaan pandemik atau endemik COVID-19 yang sedang berlaku.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka turut memohon perintah agar writ dan notis yang dikeluarkan responden ketiga (SPR) untuk mengadakan PRN negeri pada 20 November ini, dibatalkan serta-merta.

Adly juga memohon perisytiharan bahawa proklamasi responden keempat mengenai pembubaran DUN dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Melaka bertarikh 5 Oktober lalu tidak sah, kerana nasihat itu dibuat ketika Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN Melaka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Copyright © 2021 Media Rania