Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Peruntukan Tahunan Setara Tanpa Mengira Parti – Pakatan Harapan

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 10 Nov – Penggubalan enakmen antilompat parti antara manifesto Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selain itu, PH menjanjikan hak peruntukkan tahunan setara kepada setiap ahli dewan undangan negeri (ADUN) tanpa mengira parti.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, manifesto PH iaitu ‘Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan’ menggariskan tiga teras, enam strategi dan 32 inisiatif yang merupakan janji-janji sekiranya diberikan mandat dalam pilihan raya tersebut.

Katanya, tiga teras tersebut adalah Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil.

“PH menjanjikan Dana Ihsan Covid-19 iaitu bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 di bawah teras Melaka Sejahtera.

“Di bawah teras Melaka Makmur, PH menjanjikan Skim Mikrokredit Harapan iaitu pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan,” katanya dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan hari ini.

Menurut Adly, ketiga-tiga teras memberikan impak kepada kesejahteraan rakyat, kemapanan ekonomi dan kestabilan politik sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat Melaka.

Memperincikan teras Melaka Stabil, beliau menambah, PH akan mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco dan mewajibkan setiap ADUN membuat pengisytiharan harta.

“Malah kita akan menjadikan amalan tender terbuka sebagai teras proses perolehan negeri,” jelasnya.

Mengulas teras Melaka Makmur pula, Adly berkata, PH menjanjikan skim peluang pekerjaan dengan mewujudkan peluang pekerjaan baharu membabitkan pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Katanya lagi, ia merangkumi inisiatif sokongan perniagaan dengan pelan dan skim pembiayaan.

“PH juga bercadang bantuan khas persekolahan kepada kanak-kanak B50 yang layak,” jelasnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Copyright © 2021 Media Rania