Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Solskjaer Perlu Beri Laluan – Ferdinand

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 9 Nov – Rio Ferdinand menggesa Ole Gunnar Solskjaer supaya meninggalkan Manchester United kerana dia tidak akan berpeluang memenangi sebarang gelaran.

Solskjaer terus ditekan untuk meletakkan jawatan sebagai pengendali United susulan prestasi hambar skuad pemain bintangnya yang diperkuat Cristiano Ronaldo.

Prestasi United jauh ketinggalan di belakang Liverpool dan Manchester City seperti yang ditunjukkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Bekas rakan sepasukannya, Ferdinand mencadangkan ia adalah masa yang tepat buat pengendali dari Norway itu untuk memberi laluan kepada orang lain bagi memenangi trofi.

“Mungkin sekarang adalah masa yang tepat untuk memberikan baton kepada orang lain yang mampu membawa kami. Ole boleh pergi secara bermaruah sekarang.

“Sejak dia masuk dan mengubah nasib kami, di awal musim ini, dia amat positif. Dia sudah melakukan apa yang ditugaskan. Dia mencetus kembali harapan buat peminat.

“Tetapi adakah dia mampu memberikan kami gelaran dan memenangi Liga Juara-Juara? Saya perlu jujur dan saya rasa tidak,” kata Ferdinand.

Ferdinand, 43, antara bekas rakan sepasukan United yang memberi sokongan padu kepada Solskjer sepanjang tugasnya mengendali Red Devils.

Kini Ferdinand menyertai seorang lagi legenda kelab, Roy Keane yang turut merasakan Solskjaer bukan individu terbaik untuk mengembalikan kegemilangan United.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania