Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PRN Melaka: “SPR Gagal, SOP PRN Ketinggalan Zaman”

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 9 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan pilihan raya Melaka pada 20 November 2021 yang “bebas, adil, dan bersih” dengan SOP ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fizikal.

Melaka kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Adakah ini fasa yang melibatkan sekatan menyeluruh kepada aktiviti kempen fizikal dalam pilihan raya?

Sekiranya ya, bilakah kempen fizikal akan dibenarkan semula?

Mengapa SPR tidak mampu untuk mencari titik perseimbangan di antara memastikan terdapatnya pilihan raya yang “bebas, adil, dan bersih” dan pada masa yang sama, mengekang penularan wabak Covid-19?

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan yang institusi pendidikan di bawah Kementerian tersebut di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, dan Kedah akan meneruskan operasi bermula 21 dan 22 November, selari dengan peraturan dibawah Fasa 4 PPN.

Juga telah diumumkan baru-baru ini yang Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan untuk mereka yang telah menerima vaksin, Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November 2021.

Tetapi SPR masih terus menyorokkan kepalanya di dalam pasir, tanpa mengambil kira keperluan untuk negara kita “hidup bersama Covid” dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik dan endemik.

Larangan menyeluruh SPR ini memberikan kesan yang amat buruk kepada parti-parti Pembangkang, yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan radio dan televisyen.

Jelas sekali SPR telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan PRN Melaka ini diadakan secara “bebas, adil, dan bersih”, sebaliknya membenarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dalam PRN ini.

Para peguam telah mengatakan yang sekatan Kementerian Kesihatan terhadap semua bentuk kempen secara fizikal di Melaka ini bertentangan dengan undang-undang dan kerajaan sebaliknya patut membenarkan aktiviti di mana penjarakan boleh diadakan dengan mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Adakah SPR akan akhirnya mendengar dan menyemak semula SOP pilihan raya untuk PRN Melaka, dengan rakyat Melaka yang kini dijadualkan mengundi pada 20 November?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania