Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Pengkhianat vs Pengkhianat

Kongsikan Artikel Ini

Pendapat

alkisahnya si bohsia dan bohjan itu bercinta & berkhalwat sakan dalam gelap sejak 2014 (…diakui sendiri Tok Guru itu).

Tapi ikut rekod tangkapan khalwatnya, kisah cinta dalam semak si bohsia bohjan itu terjadi seawal 2008 lagi, ketika pembentukan Kerajaan Selangor & Perak. Tapi masa itu adanya alMarhum Nik Aziz, si bohsia takut buka mulut, tak berani mengakui. Hanya berbohong siang malam.

Wafatnya TG Nik Aziz Feb 2015, Jun tahun yg sama terus Tok Guru itu veto dalam Muktamar Kuala Selangor, berpisah dari Pakatan Rakyat. Masa itu si bohsia hijau dah tak tahan lagi mendengar rengetan bohjan gelap yg sudah begitu menawan dan tak boleh ditahan-tahan lagi.

Tinggallah KeAdilan. Sayonaralah DAP yg dipuja selama sejak 17 tahun bersama dalam rumah tangga.

Alasan masa itu, DAP tak mahu hudud, si bohjan tu nak bina rumahtangga hudud bersamanya, atas nama Melayu Islam katanya…

Lahirlah Amanah 3 bulan lepas itu. Meneruskan legasi islah dan tajdid peninggalan TG Nik Aziz, memenuhi tuntutan dan mandat rakyat. Zahirlah Pakatan Harapan bulan yg sama meneruskan perjuangan rakyat yg cuba dikhianati itu.

Masa itu bohsia bohjan yg sejak dulu bercumbuan dalam semak dah tak kesah lagi berpelukan di khalayak ramai menghilangkan rindu mereka, tanpa malu lagi. Sekalipun sanggup berlakon tak bersama dalam PRU14, tapi siap Tok Guru tu sebut pada penganut party bohsia itu, jika wujudnya pertembungan PH vs BN dalam PRU14, pilihlah si bohjan Umno yg amat disayangi…

Akhirnya setahun lepas PRU14, berlangsung persandingan bohsia bohjan bertemakan putih menyelebungi PWTC dengan airmata tak tertahan lagi mengenangkan kisah cinta semak yg tak terhalang lagi itu.

Kita semua melihat sahaja lakonan kisah persandingan sial bohsia bohjan di televisyen dan media itu, siang dan malam berpesta liar.

Kita ingat pasti, tahun 2009 alMarhum TG Nik Aziz sebut – manusia sekali dah berbuat khianat, pasti dia gian dan kemaruk nak buat khianat lagi. Kalau tak boleh khianati musuh, dia akan khianati kawan.

Kita yakin kata-kata itu. Sebab Nabi dah sebut, khianat itu bukan kerja ummat Baginda. Itu kerja syaitan…

Tak sangk kita, September 2019 pimpinan si bohsia tu sebut di Pasir Salak “… terima kasih (bohjan) Umno kerana menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tahun 2009 dahulu…, terima kasih, terima kasih…!”.

Sungguh tinggi pujaan bohsia buat si bohjan baharu yg saling kemaruk itu. Kita dok lihat sahaja kisah mereka.

Di Tanah Haram saya berdoa pada Allah yg Maha Perancang, agar perancangan Allah lah menjadi penentuan segalanya. Ia sebagai teguran buat semua yg lalai dan leka…

Tak payah lama.

Februari 2020 tatkala bohsia bohjan itu sambut kelamin di Sheraton, tanpa sangka, rupanya teruslah lepas itu kucupan baharu bohsia itu dah dihadiahkan buat si bohsia baharu yg berduit lebih tebal itu.

Teruslahlah si bohsia sial itu tinggalkan begitu sahaja kekasih lama bohjan Umno, dan berkepit langsung bohjan baharu memuaskan nafsu serakah mereka…

Bohjan lama termangu-mangu kepeningan, apa nak jadi dgn nasib badan. Dah lama berkepit hingga berkelamin sakan, akhirnya si bohsia sanggup tinggal begitu tanpa sepatah kata…

Habis dibakarnya segala baju putih persandingan dan segala surat-surat cinta yg dicetak jutaan sudah.

Itulah kisahnya…

Politik merubah segalanya…!

Bohsia bohjan itu adalah watak hina dalam masyarakat melayu yg sanggup mendambakan pelacuran, demi segala yg menghibur dan menggembirakan, asal saling memuaskan nafsu serakah tanpa lagi takutkan dosa atau azab.

Dalam Islam, keduanya hanya boleh berubah tatkala disusuli taubatan nasuha dan memohon keampunan dariNya dan ummah yg dikhianati itu…

Jika tidak, pasti kita lihat lagi di Melaka ini adalah kisah seterusnya…

Ahmad Sayuti Bashiron

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel InimoreOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania