Pendapat

Cerita Di Sebalik Poster Calon PH DUN Rembia Dengan ‘Adam’

Kongsikan Artikel Ini

Ada rakan rakan seperjuangan saya tanya

“Zam, macam mana boleh dapat ‘chemistry’ masa ambil gambar dengan budak ni, nampak sepadan je”

Saya tergelak kecil juga, tapi macam tertarik nak bercerita.

Kanak-kanak sebelah saya ini namanya Adam. Rumahnya bersebelahan dengan rumah saya. Dia dilahirkan dengan Down Syndrome dan jantung berlubang. Selama 4 tahun, saya, isteri dan ibunya berulang alik dari Melaka ke IJN untuk rawatan susulan beliau.

Anak istimewa ini dilahirkan tanpa pemisah dalam jantung, dibedah oleh doktor pakar di Malaysia dan juga UK melalui jarak jauh menggunakan Skype. Hebat bukan?

Bapanya seorang pelaut, kerja berjauhan dengan keluarga untuk mencari rezeki. Jadi terpanggil dan menjadi tanggungjawab saya membantu anak kecil ini.

Malang tidak berbau, berlaku sedikit komplikasi di mana jantungnya berhenti seketika semasa pembedahan. Gugur jantung kami kerana menjangka, pembedahan mungkin tidak berjaya. Tapi Allah maha kaya, menyambung semula nyawa beliau sehingga kini. Alhamdulillah, pembedahan untuk beliau berjaya.

Musim pandemik covid19, pembelajaran kanak-kanak banyak yang terjejas. Lebih-lebih lagi pembelajaran kanak2 istimewa seperti Adam kerana corak pembelajaran mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal.

Jadi, saya kerap kali terfikir. Bagaimana dengan anak anak Rembia yang lain? Sedangkan mereka inilah masa hadapan dan harapan kita semua.

Dengan mendukung aspirasi pendidikan terbaik untuk anak Rembia, saya hendak mencuba sebaik boleh untuk fokuskan solusi pembelajaran kepada mereka. Mengadakan kelas istimewa dan di cakna oleh guru peribadi untuk catat pencapaian dan pembaharuan untuk setiap murid.

Saya percaya, setiap anak Rembia pasti ada jalan untuk mereka berjaya. Setidaknya untuk mereka, kita memberi satu sinar baru bagi anak yang berkeperluan khas.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan, semakin di biar, semakin kita akan alpa. Sedangkan mereka inilah aset harapan negara. Satu persatu sedang saya rencanakan untuk murid yang berkeperluan khas terutamanya dan juga anak Rembia yang cicir dalam pembelajaran mereka.

Untuk Adam, semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun kami memang sparring partner selalu bergurau “gaduh”. Tapi geng makan ayam goreng KFC kegemarannya tetap nombor satu 😁😁.

#PendidikanUntukSemua
#RembiaKitaPunya
#IniRumahKita
#RembiakuPermai
#AlorGajah
#TebusKerusiSemula
#AnakRembiaUntukRembia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 16 Jan – Pada Sabtu 15 Januari 2022, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau menerima satu kiriman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA ADAKAH ANDA SUDAH BERTINDAK KE ATAS PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ANDA? Mungkin ramai individu yang tidak peka malah tidak mengetahui berkaitan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version