Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Arsenal Pintas Kedudukan United

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 8 Nov – Arsenal merampas kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (PL) daripada Manchester United apabila menewaskan Watford 1-0 di Stadium Emirates, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Emile Smith Rowe pada minit ke-56 sudah cukup untuk The Gunners meraih tiga mata berharga dan mengumpul 20 mata keseluruhan selepas 11 mengharungi perlawanan musim ini.

Perlawanan babak pertama agak hambar apabila kedua-dua pasukan saling menyerang namun tumpul di gawang gol.

Bagaimanapun, rentak perlawanan mula berubah apabila Arsenal berjaya menyerap asakan Watford dan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Di Goodison Park, Everton berkongsi satu mata dengan Tottenham Hotspur selepas kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan.

Dalam satu lagi perlawanan, Leicester City turut meraih satu mata apabila terikat 1-1 dengan Leeds di Elland Road.

Leeds terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Raphinha pada minit ke-26, namun kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Harvey Barnes menyamakan kedudukan buat Leicester.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania