Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Teruskan Khidmat Terbaik Penyelaras DUN Dan MPKK Kepada Rakyat – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

JELEBU, 5 Nov – Khidmat yang dicurahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) terhadap rakyat mendapat penghargaan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rombongan beliau meluangkan masa menghadiri Makan Malam Tahunan buat Penyelaras dan MPKK seluruh DUN Pertang, malam tadi.

Beliau berkata, majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada Pusat Khidmat DUN Pertang dan MPKK di seluruh DUN yang bertungkus-lumus membantu masyarakat terutamanya sewaktu pandemik COVID-19 sedang memuncak dulu.

“Saya sempat berpesan kepada semua hadirin agar meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengenal erti lelah,” katanya dalam catatan di laman Instagram beliau hari ini.

Dalam ucapan perasmian majlis itu, beliau berkata, hal ini ialah kerana MPKK merupakan pemudahcara dalam menyampaikan inisiatif serta bantuan daripada Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Teruskanlah berkhidmat untuk rakyat dan sama-samalah kita realisasikan wawasan Bersih, Muafakat, Sejahtera,” tambahnya lagi.

Suasana ceria dan mesra dizahirkan semasa Pengerusi MPN KEADILAN negeri itu bertanya khabar kepada hadirin.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSONG, 1 Dis – Penduduk Kampung Gelam di sini memohon agar kerajaan membantu mereka dalam urusan berkaitan tanah penempatan baharu yang sudah...

Copyright © 2021 Media Rania