Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Aminuddin Meriahkan Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2021

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 2 Nov – Lawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ke tapak Karnival Deepavali Negeri Sembilan yang diadakan di Seremban malam tadi, menerima sambutan hangat masyarakat India serta kaum-kaum lain sekitar daerah ini dan kawasan berdekatan.

Karnival yang diadakan bersempena ketibaan Deepavali bermula 25 Oktober sehingga 3 November ini, menyediakan sebanyak 70 buah tapak perniagaan berbanding 120 tapak pada karnival sama dua tahun lalu.

Ini bagi mengurangkan kesesakan di kalangan pengunjung yang berpusu-pusu ke karnival tersebut.

“Saya sempat menyampaikan buah tangan kepada para pengunjung sebelum menyampaikan sumbangan mewakili Kerajaan Negeri kepada guru-guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada majlis tersebut,” ujar beliau.


Pelbagai juadah dan perhiasan kaum India disediakan bagi kemudahan masyarakat itu membuat persiapan menjelang Deepavali yang akan disambut beberapa hari lagi.

Antaranya makanan, manisan, bunga mawar, pakaian lelaki dan wanita serta beraneka gubahan serta banyak lagi.

Beliau melawat pelbagai tapak perniagaan sambil beramah mesra serta bertanya khabar kepada para peniaga dan pengunjung tapak karvinal berkenaan.

Aminuddin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penganjur atas kejayaan mengadakan karnival ini.

Semoga karnival ini dapat memeriahkan sambutan Deepavali masyarakat India di Negeri Sembilan bagi tahun ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Sembilan itu juga dalam pada itu turut berharap agar para pengunjung serta peniaga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.

“Pastikan diri serta ahli keluarga dapat meraikan Deepavali yang bakal menjelang tiba ini dengan sihat dan selamat,” ujarnya lagi.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania