Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

KEADILAN Ampang Giat Santuni Masyarakat India DUN Bukit Antarabangsa Menjelang Deepavali

Kongsikan Artikel Ini

AMPANG, 31 Okt – Menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut beberapa hari lagi, mereka yang kurang berkemampuan di Ampang bertuah apabila menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan harian daripada Rodziah Ismail, Penyelaras Parlimen Ampang yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum berkenaan diusahakan dengan kerjasama wakil komuniti setempat, Sdr Sunder yang mengambil inisiatif membantu para penerima bantuan bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Deepavali.

Rodziah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Selangor berkata, penyerahan sumbangan ini juga membuktikan bahawa tiada masyarakat terpinggir untuk dibantu.

Menurut beliau, pemilihan keluarga ini adalah menerusi sesi turun padang oleh pasukan KEADILAN tempatan yang juga melibatkan pemimpin komuniti.

“Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ada di kalangan keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik terjejas persiapan perayaan ini.

“Inisiatif Sdr Sunder dalam menjejaki keluarga-keluarga ini, amat dihargai.”, jelas Rodziah dalam ucapannya meraikan masyarakat India dalam suasana penuh ceria.

Sementara itu, program ini juga menjemput beberapa pemimpin KEADILAN seperti Ravi Munusamy, Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan, dan P Prabakaran, Ahli Parlimen Batu.

Ravi yang juga ADUN Sri Tanjung amat berbesar hati kerana dijemput untuk menyantuni sambutan Deepavali oleh Rodziah.

“Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai komposisi demografik yang serupa, oleh itu saya amat memahami keperitan kehidupan sesetengah keperitan komuniti India. Bantuan tidak seberapa, tetapi keazaman untuk menyambut perayaan dalam keadaan pandemic seseuatu yang amat dicontohi. Walaupun sederhana, perayaan tetap disambut. Syabas YB Rodziah,” kata beliau.

Dalam pada itu, Prabakaran walaupun seorang ahli parlimen di Wilayah Persekutuan, namun beliau tetap memberi sokongan kepada mana-mana program yang mensasarkan keharmonian masyarakat.

“Saya dan Sdr Andre Lai (penganjur), rakan setugas saya di KEADILAN Wilayah Persekutuan mempunyai persefahaman jitu dalam hal mendukung doktrin reformasi KEADILAN. Saya percaya beliau membuat yang terbaik untuk komuniti di Ampang, seperti mana beliau berkhidmat di Wilayah Persekutuan,” katanya.


Andre Lai baru-baru menganjurkan program diskusi bersama masyarakat Cina juga di Ampang.

Menurut beliau, program mendekatkan masyarakat sesuatu yang wajar dibuat sepanjang masa. “Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami semua satu keluarga besar. Namun, hanya dengan ada pendekatan positif seperti program hari ini, masyarakat lebih memahami reformasi institusi yang KEADILAN laung-laungkan”, kata beliau.

Andre Lai merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan merupakan penganjur program ini.

Seramai 70 keluarga tercicir dari golongan masyarakat India telah mendapat bantuan makanan daripada YB Rodziah Ismail. Kebanyakkan daripada mereka berasal dari Ampang Mewah, Taman Cahaya dan Taman Dagang di dalam DUN Bukit Antarabangsa.

Program yang berlangsung di Dewan Badminton Ampang Mewah ini turut melibatkan Datuk Kooi Beng Sing serta tuan rumah iaitu Ketua Ranting KEADILAN Taman Cahaya Indah (Ampang Mewah)

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania