Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Aminuddin Ceriakan Karnival [email protected] Tasik Seremban 2021

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 31 Okt – Sukan dan rekreasi amat sebati dengan jiwa pemimpin nombor satu Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan budaya serta keindahan alam semulajadi yang memukau.

Menyedari hakikat berkenaan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir sendiri ke program [email protected] Tasik Seremban 2021 (RIATS 21) kali ke-2 yang diadakan di sini petang semalam.

Beliau yang juga Pengerusi KEADILAN negeri menceriakan karnival berkenaan yang dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik yang antarnya persembahan busking, autoshow, petting zoo dan pelbagai lagi.

Malah, ADUN Sikamat ini juga tidak kekok mengacau dodol di salah satu booth yang menyertai karnival selama sehari ini.

Menurut Aminuddin, program yang dianjurkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ini adalah salah satu usaha bagi mempromosikan Taman Tasik Seremban sebagai pusat rekreasi yang harus dikunjungi oleh warga Seremban khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

“Tahniah diucapkan kepada MBS serta semua pihak yang menjayakan program tersebut.

“Saya yakin sekiranya kemudahan yang disediakan dijaga dengan baik serta berada dalam keadaan bersih, para pengunjung pasti akan menjadikan Taman Tasik Seremban sebagai lokasi wajib dikunjungi seisi keluarga,” tambah beliau dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Taman berkenaan menjadi lokasi tumpuan keluarga sejak sekian lama dan MBS terus berusaha menambah baik kemudahan dan aktiviti riadah terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

“Taman Tasik Seremban, Menggamit Memori Cinta.”

#PesonaSeremban
#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania