Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Masyarakat India Ceria Diraikan Aminuddin Menjelang Deepavali

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 27 Okt – Kesudian Menteri Besar Negeri Sembilan,, Datuk Seri Aminudidn Harun hadir meraikan masyarakat India di DUN Sikamat dalam Majlis Sambutan Deepavali Peringkat DUN Sikamat di Dewan Orang Ramai Taman Perwira, dekat sini malam tadi, menambah keceriaan suasana.

Menurut Aminuddin yang juga ADUN Sikamat, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan para tetamu dihidang dengan pelbagai jenis makanan dan hiburan berkonsepkan kebudayaan kaum itu.

Hadirin amat menghormati dan mengalu-alukan kehadiran Aminuddin sendiri bersama isteri beliau, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof ke majlis yang dianjurkan secara sederhana dalam suasana norma baharu namun tetap meriah.


“Saya turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan memandangkan sambutan Hari Deepavali bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya dalam kemaskini di Instagram beliau.

Harapan Aminuddin semoga sambutan serta sumbangan yang disalurkan ini dapat memeriahkan lagi perayaan hari Deepavali buat masyarakat India seluruh DUN Sikamat.

Deepavali nan valthukal buat semua yang menyambutnya.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania