Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Halim Tak Tolak Kemungkinan Berlaku Peletakan Jawatan Menjelang PRN Melaka

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 27 Okt – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Melaka sudah bersedia menunggu peletakan jawatan ahli-ahlinya yang terdiri daripada kalangan mereka yang digelar “kartel” bekas pemimpin parti.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Halim Bachik, beliau tidak menolak kemungkinan beberapa peletakan jawatan bulan depan dalam kalangan penyokong individu yang akan ditolak sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) 20 Nov.

Namun tambahnya, beliau menjangkakan “hanya beberapa orang” akan meletak jawatan.

Penganalisis politik baru-baru ini memberi amaran kepada KEADILAN bahawa kegagalan menggugurkan pemimpin terbabit daripada senarai calonnya boleh mengukuhkan pengaruh mereka.

Ditanya sama ada KEADILAN terbuka untuk menerima tiga atau empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri untuk bertanding bawah panji Pakatan Harapan (PH), Halim berkata, beliau menyerahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti.


PH belum membuat keputusan sama ada ia akan membenarkan bekas Ketua Menteri dan penyandang kerusi Sungai Udang Idris Haron, Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) bertanding bawah panji PH.

Gabungan itu telah menolak penyandang kerusi Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, yang juga bekas ahli DAP, daripada menjadi calonnya.

Halim berkata Idris, Effandi dan Nor Azman akan menjadi aset berharga kepada mana-mana parti.

Beliau mempertahankan tindakan keempat-empat ADUN terbabit dengan berkata, mereka tidak akan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) tanpa alasan kukuh.

“Pandangan saya tentang empat orang (ADUN ini), (apa mereka buat) adalah sebenarnya untuk menyelamatkan Melaka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa DUN tidak perlu dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya ketika wabak Covid-19 masih menular.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania