Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Semua Ahli Harus Komited Bendung Najis Dadah – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 26 Okt – Komitmen dan kesungguhan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mahu melihat anak watan bersih dan dari najis dadah terus menerima pengiktirafan.

Komitmen beliau dizahirkan apabila mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan Bilangan 2 tahun 2021 pada Isnin.

“Mewakili Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah YBhg Dato’ Muhamad Sade Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) AADK,” jelas beliau menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Turut hadir wakil-wakil agensi berkaitan di seluruh daerah di negeri ini serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam ucapan pembukaan, beliau berpesan kepada semua ahli mesyuarat agar meletakkan kesejahteraan masyarakat sebagai keutamaan.

Aminuddin menambah, semua ahli harus komited dalam usaha membendung najis dadah daripada terus membelenggu rakyat negeri ini.


“Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha merealisasikan wawasan Dadah Terkawal 2025,” ujarnya lagi.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania