Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Menteri KBS Perlu Pandang Serius Kes Gangguan Seksual Terhadap Atlet Negara – AMK

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 26 OKT. – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), YB Akmal Nasir menempelak Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu berkait pendedahan Ratu Terjun Negara, Pandalela Rinong.

Pandalela sebelum ini tampil bersuara dengan mendedahkan bahawa beliau juga pernah menjadi mangsa lawak lucah yang dilakukan bekas jurulatih beliau selama tujuh tahun.

Menerusi pendedahan melalui ciapan di laman Twitter, beliau menulis bahawa beliau terpaksa berdiam diri atau terpaksa ketawa kerana takut terhadap jurulatih itu.

“Kita mengharap maklum balas segera dari Menteri KBS bagi menggesa siasatan atas pendedahan Pandalela. Namun, amat mengecewakan apabila Menteri tersebut hanya mempersoal mengapa baru sekarang Pandalela menghebohkan perkara ini.”

Menurut Akmal, Menteri sepatutnya memahami situasi Pandalela sebagai mangsa dan tidak perlu mempersoalkan mengapa baru sekarang Pandalela bersuara. Alangkah baik jika beliau memberi sokongan kepada atlet seperti Pandalela yang berani tampil bersuara serta berkerjasama dengan beberapa pihak bagi menyiasat perkara ini.

Menurut Akmal lagi, Menteri tidak sepatutnya memperlihatkan isu ini seperti isu kecil sedangkan isu ini sering membelenggu atlet negara.

“Kita melihat pendedahan demi pendedahan dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan gangguan seksual samada melalui sentuhan atau secara lisan masih berlaku.”

“Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghormati dan memandang tinggi keberanian mangsa-mangsa ini bersuara dan berharap mangsa-mangsa lain samada pernah diganggu secara seksual atau sedang diganggu untuk tampil bersuara. AMK tidak akan berkompromi terhadap isu gangguan seksual dan mengambil pendirian bahawa perkara ini perlu dipandang serius,” jelas Akmal.

“Ini penting bagi memastikan suasana yang harmoni di semua tempat termasuk di pusat latihan atlet dan pelaku tidak boleh diberi ruang sehingga menakutkan generasi pelapis atlet negara akan datang,” jelas Akmal lagi.

Selain itu AMK juga menyarankan agar KBS dapat mewujudkan saluran pemberian maklumat (whistleblowing channel) yang komprehensif untuk menerima aduan dan maklumat berkaitan kes-kes seperti kes gangguan seksual terhadap atlet negara. Ini bagi membolehkan atlet yang memberi maklumat dilindungi dan seterusnya menjamin keselamatan atlet negara kita.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania