Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Pertimbang Semula Larangan Kempen, Ceramah

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meminta kerajaan mempertimbang semua larangan perhimpunan fizikal dan ceramah berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepanjang 25 Oktober sehingga 27 November ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Bersih 2.0 berkata, bantahan itu disuarakan kerana ia boleh merugikan parti yang bukan sebahagian daripada kerajaan kerana media kerajaan akan sentiasa melaporkan aktiviti dan pencapaian calon parti kerajaan serta menonjolkan kegagalan pembangkang.

Menurut Bersih 2.0, walaupun larangan itu ditujukan kepada semua parti politik dan calon, mereka bimbang ia akan menjadikan perlawanan berat sebelah dan menimbulkan keraguan berkaitan keputusan pilihan raya nanti.

“Kami memahami ia sebagai langkah pencegahan penularan wabak, tetapi larangan secara total adalah satu bentuk penindasan kepada hak calon untuk berkempen dan berekspresi.

“Pengundi juga pengundi untuk membuat keputusan dengan mendengar sendiri penerangan daripada calon,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, memadai apabila Melaka telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 18 Oktober di mana SOP untuk aktiviti sosial dan ziarah dibenarkan, dengan had 50% kapasiti ruang dan pematuhan penjarakan fizikal.

Jelasnya, arahan Menteri Kesihatan adalah tidak konsisten dengan garis panduan PPN kerana ia mensasarkan kepada aktiviti berkaitan pilihan raya.

Pada masa sama, Bersih 2.0 juga mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan peraturan, syarat dan alternatif agar larangan yang dibuat tidak menekan hak parti dan calon untuk berkempen:

Penamaan calon

Menyediakan tempoh tidak kurang daripada tujuh hari untuk calon menghantar borang penamaan ke pejabat SPR Melaka dan memastikan mereka menyemak serta membetulkan sebarang kesalahan sebelum berakhirnya penamaan calon. Penolakan secara tiba-tiba perlu dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku.

Senarai calon yang berjaya perlu dipamerkan secara atas talian pada pukul 10 pagi hari penamaan. Penyokong parti politik dan calon tidak lagi perlu berkumpul di pusat penamaan di seluruh Melaka.

Tempoh berkempen

Penetapan peraturan supaya kerusi perlu disediakan untuk ceramah atau perhimpunan politik dan dijarakkan satu meter serta semua peserta perlu duduk. Ini juga perlu terpakai kepada perhimpunan kecil di kedai makan dan pasar pagi atau malam. Pelitup muka wajib dipakai setiap masa oleh penceramah dan peserta.

Ziarah rumah ke rumah, hanya lima orang satu kumpulan dibenarkan dan mereka tidak boleh memasuki rumah atau berada dua meter daripada tuan rumah semasa berucap.
SPR juga perlu memanggil stesen TV dan radio kerajaan untuk menyediakan slot siaran parti politik kepada semua parti dan calon termasuk calon bebas. Masa yang diperuntukkan perlu sama rata.

Stesen media penyiaran boleh memainkan peranan yang lebih besar semasa pilihan raya dengan menganjurkan diskusi panel oleh calon-calon untuk membicarakan isu tempatan dan pandangan calon calon dapat didengari.

Debat Ketua Menteri perlu dianjurkan dan disiarkan di semua saluran televisyen kerajaan sekurang-kurangnya dua kali, selepas hari penamaan dan dua hari sebelum pengundian.

SPR boleh menyediakan dan menaja sekurang-kurangnya satu papan tanda di kawasan utama di setiap 28 DUN, di mana maklumat calon bertanding dipamerkan bersama simbol mereka. Ini akan membantu parti kecil dan calon bebas untuk mendapat perhatian yang diperlukan.

Hari pengundian

Untuk mengurangkan kesesakan semasa mengundi, SPR perlu mempertimbangkan meluaskan hari pengundian kepada tiga hari serta menetapkan hari dan masa kepada kategori pengundi yang berbeza berdasarkan kumpulan umur. Ini juga akan mengurangkan keperluan pelbagai saluran dijaga oleh pelbagai set petugas pilihan raya.

SOP penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan mesti dipatuhi serta semua petugas pilihan raya perlu dilatih untuk melindungi diri dan pengundi daripada jangkitan.

Pengundi yang belum divaksin perlu dibenarkan untuk melaksanakan hak mengundi. Satu khemah kesihatan perlu didirikan untuk menyediakan ujian RTK-Antigen air liur atau calitan hidung bagi mengesahkan mereka bebas daripada Covid-19 sebelum dibenarkan untuk mengundi bersama pengundi lain. Mereka yang positif Covid-19 perlu dibenarkan membuang undi secara berasingan di khemah kesihatan itu.

Perhimpunan di pusat pengiraan dan penjumlahan undi perlu dihadkan dan semua keputusan perlu disiarkan secara langsung di saluran TV kebangsaan.

Bersih 2.0 menggesa SPR mengambil peluang ini bagi memperkenalkan kaedah baru dan inovatif seperti yang kami cadangkan agar tugas penting untuk menyertai pilihan raya dan demokrasi tidak ditekan semasa pandemik kesihatan.

Walaupun KKM perlu memainkan peranan bagi memastikan risiko penularan kekal rendah, ia tidak wajar mengatasi peranannya sendiri dan menetapkan peraturan pelaksanaan pilihan raya yang tidak diperlukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania