Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka: Kekalkan Peraturan Baharu Undi Pos Untuk Semua Pilihan Raya

Kongsikan Artikel Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat perubahan kekal terhadap peraturan mengundi bagi membolehkan semua rakyat Malaysia di luar negara, termasuk negara jiran, mengundi secara pos.

Global Bersih, kumpulan pembaharuan pilihan raya berkata, peraturan baharu SPR yang membenarkan undi pos bagi semua rakyat Melaka yang berada di luar negara, sepatutnya dijadikan sesuatu yang kekal.

Peraturan baharu SPR itu diwartakan pada 20 Okt. Menurutnya, pengundi Melaka termasuk yang berada di luar negara, boleh memohon mengundi secara pos bagi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

PRN akan diadakan pada 20 Nov dengan undian awal pada 16 Nov.

Sebelum ini, rakyat Malaysia di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei atau Kalimantan, Indonesia, tidak layak untuk melakukan undi pos sebaliknya perlu pulang ke negara ini untuk mengundi.

Setiausaha Agung Global Bersih, Nirmala Devi Windgaetter menggesa SPR menjadikan proses mengundi mudah untuk rakyat Malaysia di luar negara dengan menjadikan peraturan undi pos itu sesuatu yang kekal bagi semua pilihan raya.

“Adalah penting bahawa perubahan ini diguna pakai bagi semua pilihan raya secara kekal,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania