Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Veteran Umno Ramal Pas Akan Tinggalkan Bersatu

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Jangkaan bahawa Pas akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) tidak boleh ditolak sama sekali.

Ini bertepatan dengan pandangan seorang veteran UMNO yang menjangkakan Pas akan meninggalkan Bersatu sekiranya gabungan separa masak itu kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, jangkaan itu dibuat susulan PRN Melaka bakal menjadi medan menguji kekuatan politik Barisan Nasional (BN) dan PN sebelum platform penentuan terakhir yang paling getir iaitu pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, Pas tidak wajar terus berada di dalam dua ‘kolam’ PN dan Muafakat Nasional (MN) atas alasan untuk menjadi ejen pendamai di antara UMNO dan Bersatu kerana sikap sebegitu hanya akan memberi keuntungan kepada Bersatu semata-mata.

“Pas mendakwa mahu menjadi ejen pendamai UMNO-Bersatu, namun hakikatnya itulah strategi parti itu untuk membuktikan ketaatan kepada ‘abang besar’ di dalam PN iaitu Bersatu.

“Tetapi apa akan jadi pada PRU15 sebenarnya banyak bergantung kepada PRN Melaka kerana medan ujian pilihan raya negeri itu akan menjadi penentuan kesinambungan kerjasama politik antara Pas, Bersatu dan UMNO/BN.

“Saya menjangkakan Pas akan meninggalkan Bersatu dan kembali mencari ruang untuk bergerak di bawah MN sekiranya PN kalah teruk pada PRN Melaka kelak,”katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

FORMULA NIK AMAR

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah yang mencadangkan formula pembahagian kerusi pilihan raya antara UMNO, Pas dan Bersatu paling mujarab bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka.

Jelas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, UMNO dicadangkan bertanding pada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan lebihan 14 kerusi lagi diserahkan kepada Pas (enam kerusi) dan Bersatu (lapan kerusi).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania