Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

United Jadi ‘Lauk’ Di Tangan Liverpool Di Kandang Sendiri

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 25 Okt – Liverpool membelasah seteru ketatnya, Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (PL) di Old Trafford, di sini, sebentar tadi yang turut menyaksikan Mohamed Salah mencetak hatrik terindah dalam kariernya.

Kekalahan besar dan memalukan di laman sendiri itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian terancam.

Buat pertama kali dalam sejarah PL, United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekalahan itu jelas memeritkan apabila mereka hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga yang ditawarkan.

Salah berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa (minit ke-38 dan 45+4) selepas Naby Keita (minit ke-5) dan Diogo Jota (ke-13) lebih dulu meletakkan skuad Jurgen Klopp itu di depan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama.

Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula. Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United tidak lama selepas itu, dinamun dibatalkan kerana ofsaid.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania